Followers

Friday, July 16, 2010

~ Cermin Mata Hitam Ku ~

Cemin Mata Hitam Ku
  
    Setiap orang mesti mempunyai cermin mata hitam . Tidak kira la berapa banyak koleksi yang anda ada . Akan tetapi , setiap dari kita mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 atau pun 2 . Bagi saya saya hanya   mempunyai 2 cermin mata hitam buat masa ini . Ini adalah untuk melindungi mata dari cahaya matahari dan untuk bergaya .
      Saya masih ingat lagi , masa mula-mula saya memakai cermin mata hitam . Waktu itu saya baru sahaja berusia 10 tahun . Saya memakai cermin mata hitam bapa saya punya . Sungguh bergaya saya pada waktu itu . Untuk ketika itu sahaja la. Biasa la kanak - kanak , nampak comel !


      Sekarang bermacam dan pelbagai cermin mata hitam dipasaran .Ada yang kecil , besar dan pelbagai warna . Tidak kira tua atau pun muda hendak mengayakannya . Disini saya ingin berkongsi cara pemakaian cermin mata dan panduan kepada mereka yang hendak mengayakannya .
        Panduan pilih cermin mata sesuai

        Bentuk muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

        Bentuk muka panjang - memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

        Bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.
        Bentuk empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.
        Bentuk hati - memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

        Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

        Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek


        '
        Ini lah model cermin mata hitam ku



        Macam patung la pulak


        Mat Cool ?


        Relax



        Nak berlagak hensem la pulak ?




        Jangan !



        Oh! Tidak ... Jangan ambil gambar saya .




        Ok!...Saya saya tidak mahu dengar lagi . Jumpa lagi . Bye!

        1 comment:

        Phatchanon Chongjaroensuk said...

        kt kedai thailand mane ko ambik gambar tu??? aku tgk ade OTOP... tu product thailand...