Followers

Wednesday, August 4, 2010

  ~Cleft Palate~
 


                                          Cleft Palate
                                              


Tahukah anda apakah itu Cleft Palate . Cleft Palate ialah belahan yang berlaku dipermukaan luar mulut ataupun didalam mulut . Itu adalah fahaman saya yang sangat sedikit . 


Sebenarnya saya pun tidak mengetahuinya sehingga kini apakah itu Cleft Palate yang sebenarnya . Tetapi saya mengalaminya selama 27 tahun . Saya mengetahuinya apabila saya berumur 20-an . Pada waktu itu , melakukan tindikan di muka , di bahagian hidung adalah amat popular ketika itu .


Seorang kawan ternampak belahan anak tekak saya ( mempunyai dua anak tekak ) dan mengatakan ia sangat unik . Pada ketika itu saya tidak faham apakah maksud kawan saya yang sebenarnya . Ini kerana dia banyak melakukan tindikan di muka . Dan ketika itu juga , 
dia mengatakan untuk melakukan pembedahan anak tekak supaya dia mempunyai dua anak tekak sama macam saya .Dengan bersungguh -sungguh ia mengataannya .


Apa yang saya alami adalah perkara biasa . Ini kerana saya tidak merasa sakit apabila mempunyai dua anak tekak . Ia adalah dua anak tekak yang biasa dan lembut . Dan saya selesa sahaja dengan diri saya .


Saya ada meminta nasihat dari doktor - doktor pakar . Adakah ia membawa kesan yang buruk kepada saya ? Pada ketika itu doktor mengatakan ia tidak akan membawa kesan jika belahan adalah kecil .


Akan tetapi , baru - baru ini saya mengalami demam denggi . Dan saya berjumpa dengan doktor pakar . Dia mengatakan belahan anak tekak saya semakin serius ! Saya harus membuat pembedahan Cleft Palate .


Selesai melakukan pembedahan . Hanya tuhan sahaja yang tahu keperitannya . Sangat sakit yang tidak terhingga . Sehinga kini , sudah masuk lima hari , saya masih tidak boleh bercakap dengan baik . Masa waktu makan pun susah sangat , ini kerana saya hanya boleh makan - makanan yang lembut untuk masa enam minggu hinnga 8 minggu . 


Harap - harap saya cepat sembuh dari pembedahan ini . Doakan saya wahai teman - teman ku . Salam






Ini adalah belahan pada anak tekak .


Kesan jahitan yang akan berlaku keatas pesakit yang melakukan pembedahan Cleft Palate . Begitu juga saya .



Bayi ini mengalami Cleft Lip di bahagian luar mulut . Ini adalah kebiasaan yang berlaku .


Melakukan pembedahan sewaktu kecil adalah baik . Dan ini tidak menyakitkan . Tidak kepada orang yang sudah dewasa .




Ada juga bahagian amal yang melakukan sumbangan keatas pesakit - pesakit Cleft Lip dan  Cleft Palate .

3 comments:

Phatchanon Chongjaroensuk said...

anak tekak ke lelangit tu OM?
biar betul, nnti ko salah bedah kang...

rome said...

anak tekak la eeren..aku tak blh cakap nie!...macam maner la nak keje?>...abis la aku!..tolongggggggg

BHOGA said...

Anak tekak ku juga 2 . Bawaan lahir dan sampai skrg 40 an tahun aman aman aja .