Saya juga suka untuk mengumpul botol minyak wangi . Saya tidak tahu bila saya mula - mula menggunakan minyak wangi . Akan tetapi , saya telah menggunakannya selepas saya tamat pengajian sekolah menengah .
Mula - mula saya menggunakan minyak wangi abang - abang saya . Setelah saya bekerja baru saya membeli dan menggunakan minyak wangi sendiri .
Bukan hendak berbangga , akan tetapi saya ingin berkongsi bersama , saya sangat suka minyak wangi luar negara . Ini kerana , minyak wangi keluaran mereka sangat berbeza rasa baunya .
Oleh kerana , bapa angkat saya tinggal di Amerika Syarikat . Saya berpeluang menggunakan minyak wangi keluaran di sana . Saya sangat suka minyak wangi jenama TOMMY botol biru dan NAVY botol biru. Saya cuba cari disini tetapi tiada .
Baru - baru ini , saya telah membeli satu lagi botol minyak wangi Desire Blue by Dunhill . Saya ingat hendak tukar selera , tetapi tidak ada yang dapat menandingi minyak wangi Dunhill ini . Harga sebotol RM106.00 sahaja .
Jika anda hendak beli saya sarankan anda pergi ke Ampang Point . Ini kerana harganya lebih murah dan banyak pilihan . Saya telah pergi banyak kedai , akan tetapi di Ampang Point adalah yang termurah .
Disana juga ada pelbagai promosi . Antaranya , jika anda membeli enam botol anda akan dapat satu botol percuma . Bukan anda kena beli enam botol terus , akan tetapi satu per satu . Anda akan dapat kupon dan distemkan .
Aneka jenama keluaran TOMMY
Sukar membuat keputusan antara DUNHILL ataupun HUGO BOSS . Kedua -duanya sangat wangi . Tetapi Desire Blue dari DUNHILL menjadi pilihan hati ku !
Ini adalah Desire Red . Kawan saya membeli satu minyak wangi ini . Bau ia sangat kuat ! Sesuai untuk badan yang kuat berpeluh .
Pelanggan yang hadir untuk membeli minyak wangi .
Minyak wangi VERSACE .
Model Dunhill . Cover yang begitu cantik sekali !
4 comments:
siyes kah murah?
oh my nk beli mariah carey punye perfume
hai u?...lama tak dgr ceta ..sihat?...oh mariah carey punyer mmg wangi khas untuk perempuan...huuhuh..mmg wangi!..get one now!
thats y la..wangi giler!!!
sehat2..ktne ni? tak keje ke?
macam biasa la i nie kan ..kalau keje malam , tengahari i dah terpacak kat McD ampang jaya ..huhuuhu
Post a Comment