Followers

Sunday, August 8, 2010

~ Secret Recipe Aku Datang Lagi ~

Ku Merindui Mu Secret Recipe .....


Saya baru sahaja selesai pembedahan . Akan tetapi , saya sangat "ketagih" dan "gian" untuk makan chesse cake dan spageti . Jadi , untuk memuaskan diri saya pergi ke Secret Recipe untuk menikmati hidangan kegemaran saya . Walaupun saya tahu , saya sepatutnya menjaga kesihatan dan keselamatan anak tekak saya untuk cepat sembuh dan tidak luka .



Macam biasa Secret Recipe Ampang Point menjadi tempat yang sesuai untuk saya dan boleh melepak disana  . Ini kerana , disana mereka menyediakan pelbagai aneka jenis kek dan mereka juga menyediakan kemudahan internet secara percuma .Percuma ya !


Bercakap pasal ineternet , saya paling suka kalau kedai - kedai yang menyediakan kemudahan internet secara percuma . Apa itu  FREE WIFI ! . Itu saya sangat suka . Contohnya , yang selalu saya pergi atau kunjungi ialah McDonalds Petronas Ampang Jaya , kedai mamak di kawasan rumah saya , Tesco Ampang  dan Secret Recipe di Ampag Point .


Jadi , kalau anda ketagih atau gian sesuatu teruskan niat anda itu . Tetapi jangan gian yang tidak baik pula  . Itu saya tidak setuju . Selagi kita hidup , kita patut menikmati segala jualan dan hidagan yang tersedia yang berada dihadapan kita . Terutama yang HALAL bagi orang ISLAM .


Yogurt Cheese Cake
                                                         


                                          Spagetii Meatball Chicken 

 
Tengok ! Kalau kita beli apa - apa jenis kek dari jam 3 petang hingga 6 petang dapat kopi percuma . Ingat selagi promosi dan kawasan terpilih sahaja .



No comments: