Followers

Sunday, October 31, 2010

First Day at Bowling Training

Lama gila lah rasanya saya tidak bermain bowling ni .Tak tahu berkurun abad keberapa . Yang penting , hari ini saya bermain bowling sekali lagi . Memang teruja sangat -sangat . Ialah bukan selalu bermain bowling ni .


Ini semua gara - gara saya memasuki pertandingan yang akan diadakan oleh pihak Hotel saya . Saya berpasukan dengan Nonor dan Ismail Koboi . Nama kumpulan kami ...urmm ...malu rasanya nak bagitahu . Biarlah rahsia ~ boleh ? . bukan la , nama kumpulan kami MELETOP !!! .

Jangan ada yang melatah sudah . Tak tahu nak letak nama apa , jadi - jadi MELETOP . Harap meletop la kan . Saya bukan nak cakap pasal kumpulan saya . Saya nak bagitahu semua hari ni saya pergi ke Ampang Point untuk bermain bowling ...lebih kurang macam latihan la .


Plan ingat nak ajak Mail Koboi , tapi dia ada hal la pula . Tak per , saya nak pergi juga . Orang kata kalau seorang mesti malu kan ? ...Tapi saya tak malu ..huuhu..layan ~.

Pergi jer sana memang ramai orang . Ye lah kan , kalau nak main bowling mesti ngan kawan -kawan kan ? . Saya juga tak der kawan . Tapi memang meriah lah .

So, saya try satu game dulu . yelah malu -malu kucing la katakan . Nak panas kan badan dulu . Lepas satu game tambah satu game . Memang best gila !!! .

Tapi esok saya , Nonor dan Mail Koboi akan bermain ataupun membuat latihan disana . Harap - harap latihan yang kita buat membuahkan hasil .

Apa yang penting , nak enjoy dengan kawan - kawan . Jumpa anda disana !!!





Hasil latihan yang pertama . Bangga dapat markah penuh untuk balingan dua kali berturut - turut .

Friday, October 29, 2010

"system pandai" buat hal lagi

Demam semakin baik tapi ada selsema pula . Nak buat macam mana . Kena kerja juga , kalau tak kesian kawan saya kerja seorang diri .

Tetapi hari ini "system pandai" buat hal lagi !!! . Memang pandai betol "system pandai" ni ,masa ni la dia nak buat hal .

Dah la orang dok sibuk dia buat hal pulak !!! .Hoi orang yang berkenan tolong lah bantu dan tengok - tengokan orang yang kat bawah ni .

Kalau kita salah buat tentu kita orang juga la kena bayar ....!!! Saya tak nak bayar dan bertanggungjawab atau "kepandaian system yang pandai ini " . Menyusahkan la !!!

Please help me ~ .

Tapi tak per esok saya kerja petang so Good Luck pada kawan - kawan saya . Harap "system pandai" tak buat hal lagi .

Sekarang tengah fikir nak main bowling pula . Yahoo...Kepada nonor dan ismail koboi  , sajer nak bagitahu yang saya tak pandai main bowling ..huuhuh...

Jangan marah kalau kumpulan kita kalah . hiihihihi .Tapi saya akan cuba sedaya upaya .

Good Luck To Me~

Thursday, October 28, 2010

~ Demam ~

Hari ini badan saya terasa panas sekali . Rasa macam nak demam . Padahal memang demam pun . Masuk kerja shift pagi , batuk - batuk . Fikir malas jer nak kerja . Tapi kesian pula kat kawan saya tu . Nanti dia kena kerja sorang -sorang . Kesian raffi .

Nak tak nak . Kena kuatkan diri juga . Tapi sebelum masuk kerja dah beli Panadol RM3.00 . Kalau tak beli , nak harapkan tempat kerja . Alamaknya ...tunggu la ~ .

Tapi tak tahu la tiba - tiba jer saya rasa nak demam . Mungkin disebabkan cuaca yang panas . Atau saya kurang minum air . Ataupun mungkin terlampau tension kot . Mungkin juga .

Tapi , hari ini saya ada berita baik . Saya nak masuk perlawanan bowling . Walaupun saya tak pandai main . Saya nak main juga !!! Apa yang penting ...kita enjoy ..!!!

Saya , nonor dan ismail koboi , satu pasukan !!!.Nama kumpulan tak tahu nak letak apa . Ismail cakap 1 Malaysia , General dan macam - macam lagi . Saya pula macam biasa la , POYO Group!!..KRU Group ???..boleh ke ?...

Apa pula kata nonor ??? Dia kata ..."okay la tu ?...GEMPAK ...dan macam - macam lagi . Itu semua tak penting . Bagi saya , saya nak enjoy bersama kawan - kawan . Kalau menang satu bonus . Banyak tu hadiah dia . Hadiah tempat pertama RM100 dengan medal sekali . Banyak tu!

Saya tak harapkan kemenangan kerana saya tak pandai main . uhuuhu. nanti kitaorang kan adakan latihan . Juru latih dan ketua kumpulan adalah Ismail Koboi !

Tak sabar rasa nya . Harap demam saya cepat sembuh .

Wednesday, October 27, 2010

~ Tension ~

LUAHAN HATI 

Luahan hati ini adalah untuk diri saya dan kepada mereka yang hendak membacanya sahaja . Ini adalah blog saya so suka hati saya nak tulis apa . Macam di blog kawan saya juga . Dulu saya tak faham maksudnya , tapi sekarang saya faham . Kalau tak suka buat blog sendiri . Dan , tulis la apa korang nak tulis . 

So , saya rasa minggu ni adalah minggu yang paling mencabar bagi saya . Dengan keaadaan di rumah saya , tempat kerja , rakan - rakan dan teman baru saya . 

Keaadan rumah saya ...urmm ..macam mana nak cakap ya . Lepas satu , satu benda yang rosak . Paling saya tension bila TV LCD @ Plasma saya rosak !!! Ya ROSAK !!! Bayangkan kos untuk memperbaikinya . Tak dapat saya nak bayangkan ? . 


Walaupun saya telah hantar untuk memperbaikinya , ia tidak dapat diselamatkan . Jadi , saya kena pergi ke kedai lain untuk diperbaiki . Harap - harap dapat diselamatkan dan dengan kos yang murah . Sabar ya ROMZI !!!


Di tempat keje pula . Malas nak ceta banyak , ini kerana ramai pula "rakan -  rakan sekerja " saya yang baca blog saya ini. So , tak nak menyingungkan hati mereka . Tapi serious nak bagitahu memang TENSION kerje masa tu . 


Tak tipu , Ini kerana ramai yang merasainya . Bukan saya nak berlagak . Tapi...anda akan tahu apabila anda dapat merasai apa saya saya alami .

Kepada kawan - kawan baik saya , saya ingin memohon maaf jika saya tidak dapat bersama macam dulu lagi . Harap faham dengan kerja saya dan masalah yang saya alami . 

Bukan saya ingin menjauhi tapi ... Harap anda faham sahaja ya . Saya akan cuba sedaya upaya untuk bersama anda lagi .

Last sekali ...hope my relationship with slumber gurlz very be happy ending . Walaupun is complicated ...huuhuh...LOVE YOU SAYANG .



                                                     LOVE U SAYANG 

 

Tuesday, October 26, 2010

~ Khas Untuk ATOK - MALU ~

o Apo2 Yolah NEXT TOP MODEL! 


Macam biasa entry ini khas untuk ATOK saya . Disebabkan saya layak untuk kepusingan seterusnya . Saya dikehendaki membuat tajuk ...Masa aku remaja dulu , pernah sekali aku....


Susah jugalah tajuk ni . Bukan apo , malas nak cerita keburukan saya kepada orang yang sedang membaca ni ! ANDA !!! Apatah lagi kepada ATOK kesayangan saya ni !!! SAYANG ATOK ....muahhhhh~ Ialah sebagai remaja , memang banyak lah perkara yang memalukan pernah berlaku .

Tapi saya akan cerita perkara - perkara yang "sedikit" memalukan sahaja . Tak nak lebih , nanty ANDA akan ketawakan saya ...bertambah lah malu!!!

Perkara ini berlaku beberapa minggu yang lalu . Ketika itu saya shift malam . Balik pukul 7 pagi .So plan  balik jer nak singgah McD . Nak beli McChicken Burger . Lapar lah katakan . 

So , hajat ditunaikan . Makan McChicken Burger!!! . So , sampai umah tido ,  pukul 12.30 tengah hari dah bangun . Dah plan dah , tengah hari nak makan Spaghetti Secret Recipe kat Ampang Point . 


Disebabkan selalu sangat saya makan Spaghetti kat Secret Recipe . So , pekerja - pekerja kat sana dah kenal la saya ni . Bukan nak cakap saya ni Hensem la sangat kan ...tapi memang cute pun . Ialah dalam seminggu adalah dua kali saya pergi kesana .

Tak tahu lah apo yang diaorang letak kat Spaghetti dia . Memang sedap gila . ATOK patut rasa TUK . Mesti ATOK pula akan  menjadi pelanggan sedia mereka .Nak di pendekan cerita , saya pergi makan disana pada waktu tengah hari . Yang mengambil order adalah budak baru . Saya rasa first day dia la coz tak pernah nampak pun .

new gurlz : Can i take your order , sir ?

mamat hensem (saya) : urm ..i want one Spaghetti McChicken and sky juice ...tq

new gurlz : sorry sir...

mamat hensem : ..i want one Spaghetti McChicken and one sky juice..thanks very much...

new gurlz : ...so sorry sir..

Asal lah  minah nie..kot tak pandai ambil order kot ! tahu lah first day keje ..jangan lah buat saya macam ni ..saya lapar ni..( kata saya dalam hati)..sambil itu saya memikirkan apa yang saya order  tadi...urmm


mamat hensem : ops...arghhhhhhh...so sorry ..its Spaghetti Meatball Chicken ..not Spaghetti McChicken ...so sorry..


New gurlz : okay ...thank you ..anything else sir...


mamat hensem : no ..thank you ...


memang malu gila ya ..tahu la saya makan Spaghetti kat sana selalu tapi tersalah sebut pula...memang malu betol !!! tak tahu mana nak letak muka ni !!!...
 
Bertambah malu apabila minah tu memberitahu kawan - kawannya . Mereka tersimpul malu apabila pandang ke arah saya . Oh GOD ! Semua ni bukan kerana saya tengok minah cantik tapi mungkin kerana saya terlampau memikirkan Burger McChicken yang saya makan pada waktu pagi itu .


Ni lah Spaghetti Meatball Chicken . Memang sedap ATOK !!! nanti ATOK cuba rase ya ? mesti ATOK akan datang dua kali seminggu macam saya !!!




Lagi satu cerita yang saya nak cerita ni ..betol - betol memalukan kepada mereka - mereka yang perasan hensem ..macam saya nie . Untuk dipendekan cerita , saya ni kalau pergi shopping jer ..kalau nampak cermin mesti nak tengok muka .. hensem ke tak .Ye lah , mana tahu ada sesuatu yang yang tak berkenaan ada kat muka ..malu la.


So , kalau nak test baju tu ... memang ada cermin kan ? So , apalagi melaram la kat cermin tu . Bukan itu sahaja , tabiat saya yang suka mengambil gambar sendiri di bilik persalinan memakan diri .


Baru  baru ini berlaku kejadian yang "memalukan" apabila ...


penjual baju :..okay ke baju tu bang..


mamat hensem : ..sekejap ya ...sekejap mean ..saya kena tengok muka saya dulu ...then baru test baju..huuhuh..sambi tu saya mengeluarkan kemera dan mengambil gambar ...


penjual baju :..tak boleh ambil gambar ya...teriak mamat yang menjual baju tu...


Dalam hati saya ...ini adalah first time , kedai dimana saya tidak boleh mengambil gambar..Terkejut lah juga . Dalam hati , asal la ko nie mamat .Bila keluar jer dari pintu , nampak aweks -aweks cun . Malu nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr . Mana nak letak muka ni !


penjual baju : ...nak ke bang..


mamat hensem : yup!!!!!


Gambar tak bersalah . Suka suki ambil gambar .
 

Testing ya bang ...

 

Okay ....tunggu ya ..yang ini ...yang terakhir sekali !!!

 

Malu giler!!!!!!!!!... tak tahu nak cakap apo!!!!!!...tapi nak buat apo ..dah terjadi . So , kepada jejaka - jejaka hensem diluar sana , ambil lah pengajaran dari cerita ni .

Sekian , salam . Harap ATOK dan kawan - kawan mengundi saya . SAYANG ATOK 



Saturday, October 23, 2010

~ Teka - teki ~

Beberapa hari yang lepas saya bawa kereta abang saya . Ini kerana kereta saya rosak . Jadi dengar lah radio melayu . Saluran Sinar . Saya rasa lah . 

Jadi , ada teka - teki . Dah lama tak main benda ni . Teka - teki  berbunyi . Dalam laut besar ada kapal besar . Dalam kapal besar ada rumah besar . Dalam rumah besar ada orang besar

Dalam semua benda . Benda apa yang paling besar sekali ? . . . Jawab jangan tak jawab !!! .

Anda akan terkejut dengan jawapannya . Ini kerana , saya pun tertipu !!! .huuhu






                           Andakah jawapan anda laut yang terbentang luas ini ?




                                          Ataupun kapal yang besar ini ?




                                      Mungkin juga rumah yang besar ini ?




Akhir sekali ...Mungkin anda akan menjawab orang besar ini ? ... Fikir - fiirkan saya akan bagi jawapannya jika anda mencuba ...

Jangan anda tertipu macam saya sudah . Selamat mencuba !!!


Thursday, October 21, 2010

~Mengapa aku menCINTAimu? ~


MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.” 











Sunday, October 17, 2010

~ I am unique n i proud of it !!! ~



I am unique n i proud of it  !!!


Sekarang ini saya tak tahu nak post pasal apa . Ini semua gara - gara masuk peraduan ATUK saya la ni . Kerana saya layak kepusingan seterusnya . So, sekarang kena buat  buat karangan 2 perengan . Macam - macam ATUK saya nak . Nasib baik saya ada masa ATUK . Kalau tak..tak tahu la nak cakap apo  .

Tak per la TUK . Disebabkan saya sayang sangat dengan ATUK ni . Saya buat juga . Jadi ATUK dah bagi tajuk I am unique and i proud of it .

Bukan main Atuk saya ni . Sejak masuk kelas bahasa english . Dah tak nak buat karangan bahasa melayu dah . Nak juga buat karangan  bahasa english ini .

Tapi ATUK saya tak pandai sangat la buat karangan ni . Kalau merepek saya pandai . huuhuuh . Tapi tajuk ni tak sesuai ngan saya la ATUK . Banyak kena fikir . Buat la tajuk Saya Gila ke ? . .. Aku perasan hensem ke ? . Mesti saya boleh buat . huhuhuuh .

Tapi disini saya ingin berkongsi keunikan saya ni . Tak tahu la kalau ATUk rasa tak unik . Bagi saya unik . 

Saya mempunyai seorang bapa angkat cina . Seorang emak angkat india . Seorang nenek angkat india . seorang adik angkat india . Kalau boleh semua orang saya nak angkat . hihihi.
Tapi yang ini semua betol ya ATUK . Bukan cobaan ya ! Saya tak tipu ATUK disini saya akan sertakan sekali kepingan gambar untuk membuktikan yang cucu ATUK ini bukan seorang penipu . 

Selalu kita dengar kalau orang melayu . Mesti kawan dengan melayu . Tetapi saya ni lain sikit . Saya suka kawan dengan lain bangsa . Saya juga lebih suka makan makanan mereka . Ini kerana , makanan mereka juga sangat sedap sekali . 
Mereka juga mengajar saya benda yang baik . Menghormati orang yang lebih tua . Dan saling maaf memaafkan . Walaupun cucu ATUK seorang yang jahat . Tapi orang kata sekeras keras nasi kalau diletak air ...lembut juga kan ? ..Betol ke saya merepek ni ATUK . Maafkan cucu kalau salah ya .

Sampai disini sahaja "kemerepekan" cucu ATUK ini ...i am unique and i proud of it !!! .

Diharapkan saya dapat meneruskan perjuangan ini dan mendapat imuniti???


Saya dan bapa angkat saya
Saya dan mak angkat saya
Saya dan nenek angkat saya
Saya dan adik angkat saya .





Friday, October 15, 2010

~Tips Cinta - Part 3 ~

■Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.



■Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.


■Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.


■Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.


■Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.


■Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.


■Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.












Tuesday, October 12, 2010

~ Tips Cinta - Part 2 ~




■Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.



■Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.


■Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


■Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


■Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


■Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.













Sunday, October 10, 2010

~ Malunya di Secret Recipe ~




Lama sudah saya tidak pergi ke Secret Recipe . Tahap gian yang melampau menghantui ku ! . Padahal baru sahaja beberapa hari saya ke sana . 

Tidak lain tidak bukan , ini semua kerana Spaghetti dia !!! . Memang sedap tidak terkata . Sampai saya menjadi GIAN dibuatnya !!!

Bukan apa , macam ada sesuatu yang membuatkan saya suka sangat dengan Spaghetti Meatball Chicken . Memang sedap . Percaya lah . Kalau anda tidak percaya cubalah sendiri !

Hari ini saya pergi ke Secret Recipe macam biasa . Dengan tahap keyakinan diri yang terlampau . Saya order Spaghetti McChicken . Orang yang ambil order terkejut mendengarnya .

Saya ulang saya punya order dua kali dan selepas itu baru saya menyedari yang saya telah salah menyebutnya . Sebenarnya Spaghetti Meatball Chicken !!!! . Malunyer!!!!!!!!!!!!!!!!

Yelah , pada waktu pagi hari ini saya makan McChiken . Itu yang tersebut McChiken tu . 

Memang malu okay . Orang yang ambil order boleh tersenyum "manis" kat saya . MALU !!!



                              Spaghetti Meatball Chicken . Sedap gila !!!



                                      McChicken Burger . Kerana mu AKU MALU !!!



                            Harus kah saya pergi ke Secret Recipe lagi ???




 Malu nyer saya . So macam ni lah saya pada waktu itu . Muka merah padam ya !

Makna 10-10-10






Apakah makna anda pada hari ini ? Apa yang istimewanya hari ini ? 10-10-10 . Ialah , numbor ini memang cantik sekali ! Bagi seseorang yang telah merancang untuk majlis perkahwinan . Pastinya hari ini hari yang penuh  bermakna pada mereka . 

Hari ini juga adalah hari terakhir umat islam untuk meraihkan Hari Raya . Jadi banyak lah rumah - rumah yang mengadakan "open house " . Kenyang perut !!! huuhuuh...

Bagi saya pula , tiada yang istemewa . Tetapi hari ini saya menemani emak saya pergi ke majlis perkahwinan kawan emak saya di Setapak .Sampai sahaja di destinasi tersebut emak saya mengatakan dia tidak sihat !!! . Terkejut saya dibuatnya . Ialah semalam emak saya berpesan pada saya yang dia hendak sangat pergi ke majlis tersebut . 

Akan tetapi apabila sudah sampai emak saya tidak sihat pula . Jadi emak saya tidak sempat merasai nasi minyak disana dan saya menemaninya didalam kereta . 

Jadi kakak dan bapa saya sahaja pergi ke majlis tersebut . Apa yang membuatkan saya terharu sangat apabila saudara - saudara saya melihat emak saya di dalam kereta .

Terasa terharu membuatkan saya menitiskan air mata . Ialah semua orang menangis kat sana , kot anda nak tersemyum pula kan ? ..

Apa yang  penting disini . Kita harus sayang dan kasih kepada ke dua - dua ibu dan bapa kita . 


Saya sayang emak saya 



Saya sayang bapa saya juga .











Thursday, October 7, 2010

~ Tips Cinta ~Part 1

Kata orang CINTA itu buta . Memang pun . Kita rasa yang indah - indah sahaja . Disini saya ingin berkongsi tip - tip cinta .  


■Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.



■Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

■Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.


■Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


■Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


■Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”





Tuesday, October 5, 2010

~ Pink Kembali lagi ~


Pink kembali lagi . Sajer jer nak post benda - benda yang berwarna pink . Kadang - kadang manusia ni memang pelik .





Adakah ini anda ?



                                   Pakaian formal untuk lelaki berani ?



                                       
                                            Pakaian dari POLO




                                                           Smart 



Cuba ini kalau berani ?




Nampak cute ? 



Artis pun pakai pink .



 
Memang nampak hensem sesekali memakai pakaian pink !







Jangan jadi macam ni sudah !!!


Monday, October 4, 2010

~ Cinta Itu Buta ~


Kisah ini saya dapatkan dari email seorang teman kepada saya, semoga ia boleh  memberikan “sesuatu” kepada anda semua  ….

Kisah Cinta si Cacat yang Sempurna

inilah kisah cinta orang cacat yang telah berkeluarga, tapi si suaminya boleh dikatakan memiliki wajah dan tubuh yang sempurna. Di dunia ini, masih ada rupanya cinta yang sempurna.

Untuk Sahabat2ku, ini sebuah kisah menyentuh hati dalam foto yang nyata. Tuhan itu maha adil dan maha penyayang. Kisah seorang suami dan isteri dalam keluarga yang sangat sederhana, melihat rata - rata seseorang lelaki  itu boleh dinilai , seorang priang yang cukup sempurna terutama dalam penampilannya, tapi dia mempunyai seorang isteri yang mempunyai kelainan dalam fizikalnya .

Dimana wanita tersebut tidak mempunyai kaki sama sekali dari  hujung kaki hingga hujung paha bahkan wanita itu tidak memiliki sama sekali pinggul (bahagian dari pangkal paha hingga bahagian pinggang),
jadi sulit sekali bila duduk kerana tidak memiliki alas dibawah pinggang tubuh.

Tetapi kebesaran Tuhan tentu lain, wanita tersebit memiliki suami yang cukup macho, masih muda dan sangat cukup sempurna mahupun memiliki dan mengasihi seorang wanita yang mempunyai cacat fizikal bawaan. Mereka sekarang dikurnikan dua orang anak yang sangat sempurna dan lucu sekali.

Silakan anda saksikan satu persatu foto - foto keluarga tersebut tentu saya melihatnya dengan hati sangat terharu.



Gambar keluarga bahagia


Sungguh comel sekali anak - anak mereka




                           

~Time For Take Pic!!! ~

Masa lepaking kat Berjaya Times Square teringat pula nak auto-billing kan DiGi Broadband saya . 

Jadi saya pergi tingkat satu kat DiGi Centre . Ramai gila orang tunggu kat sana . Tak tahu la bila pula untuk giliran saya . 

Jadi , masa menunggu yang sungguh membosankan . Tak tahu nak buat apo kecuali menunggu !!! Dan Tunggu !!!

Nasib baik saya membawa kamera !!! ... Dimana ada kamera di situ ada saya . Huhuhu . 

Jadi , ini lah yang saya lakukan . Terima kasih DiGi Centre kerana mempunyai cermin di kedai anda !



                                                       Test - test



                                                   Asal kamera ni ??? 

  

                                                   Okay dah ... Hensome!!!
                                                        



                                                   Control macho la nie ?



                                              Open your big eye !!




                                      Ternyata anda memang hensome !!!




Apo ko buat tu jang ..dari tadi ko ambik gambo ko ..gilo ko?...luahan hati mamat kat sebelah aku tu !!!