Hari ini badan saya terasa panas sekali . Rasa macam nak demam . Padahal memang demam pun . Masuk kerja shift pagi , batuk - batuk . Fikir malas jer nak kerja . Tapi kesian pula kat kawan saya tu . Nanti dia kena kerja sorang -sorang . Kesian raffi .
Nak tak nak . Kena kuatkan diri juga . Tapi sebelum masuk kerja dah beli Panadol RM3.00 . Kalau tak beli , nak harapkan tempat kerja . Alamaknya ...tunggu la ~ .
Tapi tak tahu la tiba - tiba jer saya rasa nak demam . Mungkin disebabkan cuaca yang panas . Atau saya kurang minum air . Ataupun mungkin terlampau tension kot . Mungkin juga .
Tapi , hari ini saya ada berita baik . Saya nak masuk perlawanan bowling . Walaupun saya tak pandai main . Saya nak main juga !!! Apa yang penting ...kita enjoy ..!!!
Saya , nonor dan ismail koboi , satu pasukan !!!.Nama kumpulan tak tahu nak letak apa . Ismail cakap 1 Malaysia , General dan macam - macam lagi . Saya pula macam biasa la , POYO Group!!..KRU Group ???..boleh ke ?...
Apa pula kata nonor ??? Dia kata ..."okay la tu ?...GEMPAK ...dan macam - macam lagi . Itu semua tak penting . Bagi saya , saya nak enjoy bersama kawan - kawan . Kalau menang satu bonus . Banyak tu hadiah dia . Hadiah tempat pertama RM100 dengan medal sekali . Banyak tu!
Saya tak harapkan kemenangan kerana saya tak pandai main . uhuuhu. nanti kitaorang kan adakan latihan . Juru latih dan ketua kumpulan adalah Ismail Koboi !
Tak sabar rasa nya . Harap demam saya cepat sembuh .
No comments:
Post a Comment