Followers

Thursday, August 26, 2010

~ Butang Baju Melayu Saya ~

Hari raya kembali lagi ! Macam biasa bagi kaum lelaki mereka selalunya lalai tentang benda - benda yang kecil . Hari ini saya ini berkongsi cerita mengenai butang baju melayu saya . 

Biasa lah setiap tahun saya akan beli . Ialah benda murah . Cuma RM5.00 hingga RM10.00 sahaja .  Bukan apa , butang baju tu kan kecil dan lagi satu kita kaum lelaki pakai baju melayu pun setahun sekali . Jadi tidak hairan mana letaknya . 


Jadi baru - baru ni saya ada pergi Ampang Point Shopping Centre untuk membayar bil . Jadi disana ada pesta jualan untuk perayaan . Ternampak pula butang baju ini . Memang cantik sangat - sangat ! Tak tipu ya ! . 

Tapi butang baju ini mengingatkan saya pada satu cerita . Ini kerana butang baju melayu yang saya hendak beli adalah sama yang kawan saya pakai . Kawan saya beli butang baju ini tahun lepas , saya bertanyakan harganya . Dia kata butang baju ini sangat mahal harganya . RM 150.00 !!! .Mahalnya , terkejut saya mendengar ! Tetapi , tidak dinafikan ia memang cantik sekali .

Sejak hari terasa nak pakai pula . Cari punya cari memang tidak ada pada tahun lepas. Yelah mahal , mungkin tidak jual dikedai biasa lah agaknya . Kata isi hati saya .

Jadi , tahun ini saya bertekat untuk mencarinya . Terjumpa pula di Ampang Point . Sama ! Tapi harganya jauh lebih murah ! Cuma RM45.00 sahaja ! . Bukan itu sahaja ia mempunyai diskaun 10% . Jadi penjual menjual kepada saya cuma RM40.00 .


Penipu punya kawan ! . Benda macam ini pun hendak tipu . Walaupun saya belum beli baju melayu , saya telah ada butang baju melayu yang cantik . Saksikanlah , harap anda setuju dengan saya bahawa ia sangat cantik sekali !

Tetapi , semalam pergi uptown , ternampak butang baju ni . Sama tapi lain kualiti .





Ini lah butang baju melayu saya . RM 40.00 sahaja !


     
                                  Batu ia sangat cantik .Macam batu permata .

 
                  
Oleh kerana ia butang baju melayu saya "yang sangat mahal harganya" saya akan jaganya dengan baik . Bukan itu sahaja oleh kerana ia mempunyai bekas penyimpanan , ia memudahkan lagi . 

2 comments:

Nik Ahmad Z said...

Assalamualaikum, suka saya membaca blog anda tentang Butang Baju Melayu. Sebagai kesinambungan cerita anda itu, saya kira, sesuai benar jika anda bercerita tentang kedai saya pula (hehe...) saya menjual Butang Baju Melayu yang sama. Boleh lihat lebih banyak lagi di kedai saya: http://facebook.com/butangbajumelayu

Seperkara lagi, kalau boleh, saya nak guna gambar Butang Baju Melayu anda yang Kotak Biru ni untuk dipaparkan di kedai saya, mohon keizinan. :)

Assalamualaikum.

Nik Ahmad Z said...

Assalamualaikum, suka saya membaca blog anda tentang Butang Baju Melayu. Sebagai kesinambungan cerita anda itu, saya kira, sesuai benar jika anda bercerita tentang kedai saya pula (hehe...) saya menjual Butang Baju Melayu yang sama. Boleh lihat lebih banyak lagi di kedai saya: http://facebook.com/butangbajumelayu

Seperkara lagi, kalau boleh, saya nak guna gambar Butang Baju Melayu anda yang Kotak Biru ni untuk dipaparkan di kedai saya, mohon keizinan. :)

Assalamualaikum.