Followers

Tuesday, August 10, 2010

~ Tengok OngBak 3 ~

                  




Sebenarnya sudah lama dah saya tengok cerita ONGBAK 3 ni . Tapi , tidak mempunyai masa untuk post kan di blog saya . Maafkan saya wahai kawan - kawan , terutama  Eeren dan Ita Cantek ! . Seingat saya , saya ada menonton filem ini . Sama ada yang nomber 1 atau nombor 2 . Kira ingat - ingat lupa saya ni . 


Tapi , untuk filem ONGBAK 3  ni , saya rasa sedikit bosan kerana jalan ceritanya . Kawan saya yang beria - ia untuk menontonnya sampai  tertidor di pawagam . Kepada yang telah menontonnya anda pasti setuju dengan saya . Tapi apa hendak buat , kawan dah nak tengok . Pujuk la hati dia sikit . 

Sebelum wayang bermula kita lepak - lepak di kedai - kedai KLCC . Semasa  lepak dengan tidak disengajakan , popcorn yang dibeli oleh kawan saya iaitu Ita Cantek terjatuh ! ... Ya ! Terjatuh dengan tidak disengajakan  . Lantas , kawan saya si mamat Eeren tidak tahan untuk ketawa sambil malu - malu menutup muka .


Pada saya tidak perlu dimalukan . Enjoy sahaja apa yang berlaku dihadapan kita . Jadi , lain kali ada lah cerita apabila kita jumpa kawan lama - lama ni . Kepada kawan saya , Ita Cantek semoga kita dapat lepak lagi . Harapnya ! .



Tiga tiket cerita ONGBAK 3 . Harga RM 11 ringgit . Kita tengok dipawagam TGV KLCC .



                      Cerita lawak . Dengan "selamber" popcorn Ita Cantek terjatuh .



 Eeren tidak dapat menahan ketawa disebabkan popcorn Ita Cantek terjatuh Siap tutup muka , malu sangat - sangat .

No comments: