Followers

Sunday, October 3, 2010

~Lepaking at Berjaya Times Square ~

Hari sabtu  lepas saya ingat nak pergi shopping la sikit , ingat nak beli baju tapi satu hapak pun tak beli . Bukan tak berkenan tapi tak ada size saya . S size !!! .

Bukan saya tak nak gemuk , tapi tak sesuai dengan keadaan fizikal saya . Yelah saya ni pendek , kalau saya gemuk . Nampak kelakar la sangat - sangat . Apo orang kato , buruk bebonar !!! .


So , macam biasa lepak kat Berjaya Times Square .
 
 


             Dimulakan dengan mengambil gambar sendiri di bilik persalinan .





Igat nak beli baju yang tergantng tu ... tapi tak sesuai . Besar sangat , so ambil gambar lebih baik .




                                                  Lepak cara saya  
                                       
                              


                                           Mamat hensem yang poyo !!!


                                                          
                                                        Cool bro !!




                                               Jumpa lagi ... Bye 

Friday, October 1, 2010

~ KFC Percuma ~

Mari makan KFC percuma !!! . Tapi kalau anda ada kupon seperti saya la . Saya dapat kupon ini dari tetamu saya di hotel tempat saya bekerja . 

Dia bagi saya seorang sahaja !!! Jangan marah kawan - kawan . Tapi tak sangka pun saya yang dapat . 








                         Ini adalah kupon yang diberikan kepada saya .





Ini lah hasilnya jika anda tukarkan kupon tersebut . YUMMY !!!





Tengok mak saya berselera makan .





Bapa saya dan anak buah saya .





Ini makanan saya .





Mamat hensem yang poyo !




Enjoy !!!

~ My DiGi Broadband ~

Yahoo ~ . Sekarang saya tidak perlu lagi pergi McDonalds untuk layari internet . Bukan sombong tapi sudah ada broadband la katakan .

30 September yang lalu , saya telah membeli DiGi Broadband di Ampang Point . Bukan senang saya untuk memilih broadband ni . Ya lah , saya kena tanya rakan - rakan saya mengenai broadband yang mereka pakai . 

Ada yang kata Maxis , ada yang kata Celcom .  Tapi saya beli DiGi Broadband .Oleh kerana kawasan saya adalah Pandan Jaya . Jadi , saya rasa buat masa ini , kelajuaan adalah ditahap yang agak memuaskan .




                                          
                                                  DiGi Broadband




Nampak tu ! RM130.00 ya ! Setiap bulan kena bayar RM53.00 sahaja ! Tapi kena bayar guna kredit kad la .

Thursday, September 30, 2010

~ Persamaan Pisang Dan Hati Kita ~


 




                                               





 


marilah kita sama2 hayati kisah ini,, mungkin ia boleh menginsafkan kita.


Maryam, seorang guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.


Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.


Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.


Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.


"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.


"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.


Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.


Marilah kita sama2 memaafi antara satu sama lain,, janganlah kita membebankan hati dengan tompok hitam yang boleh menggelapkan kehidupan kita.. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.




Kita kena selalu periksa hati kita . Jangan ada perasaan benci dengan orang lain .




Mari kita ikuti iklan ini . Kita perbetulkan hati kita .



Saya sayang awak semua .









 

Wednesday, September 29, 2010

~ Apo2 Yolah Next Top Icon ~

Apo2 Yolah NEXT TOP MODEL!


Tajuk hari ini khas untuk ATOK saya . Harap ATOK saya faham apa yang saya nak sampaikan ini .

Banyak sangat ATOK saya buat pertandingan ini . Saya nak masuk semua . Yang ini khas untuk APO2 YOLAH NEXT TOP ICON !

Harap saya dapat masuk untuk tiga yang terbaik !




Saya adalah JUARA !!!



ROMZI BIN MA'AT
(rome)
27 tahun
Front Office Assistant
Kuala Lumpur
~ i'm positif + hensem ~ ( jangan marah ATOK )


ATOK saya ada banyak gambar ni ...takut yang kat atas ATOK tak suka kan ... jadi saya serta kan lagi tiga gambar . Kalau tak menang tak tahu nak cakap apo ...

ATOK jangan pula lupo pakai cermin mata . Takut tak nampak pula !



Ini gambar ala - ala model la ATOK . model yang sanggup berpanas !




Yang ini pula ATOK model ala - ala tak ada umah . Jadi pose kat tepi jalan pun okay la .




Ini gambar masa saya tengah keje . Gambar ini di ambil oleh saya sendiri pada waktu 3.45 PAGI . Masa itu cucu keje malam . Tak ada keje , ambil gambar jer la cucu tahu .


Di harap dengan penyertaan saya dapat memeriahkan suasana . Yang penting saya yakin saya akan menang !!! Boleh ATOK ?

Kepada sesiapa yang ingin menyikuti atau menyertai pertandingan ini . Anda semua boleh gi ke http://anaknegori.blogspot.com/ .

Segala apo yang anda tidak paham . ATOK akan ajar kan .

ATOK sampai disini sahaja .Kalau ada yang kurang bagitahu cucu ni ya !!!.


Saya taggedkan pertandingan ini kepada :-

Tuesday, September 28, 2010

~ Miss You Like Crazy - Part 4 ~

Manusia memang jika orang  yang ada di depan mata tidak diindah , di cari ataupun dipedulikan .

Jika orang itu tiada ,mula lah nak rindu lah ! . Kata orang , tapi saya pun sama .

Banyak benda saya rindu dalam beberapa tahun ini . Ye lah , dah meningkat dewasa ! .



Majlis kawin kawan saya .



 

Saya dan mak angkat saya.


 

Mak angkat saya dan kawan baik saya . Mohammad Effendy Bin Tarmizi .

 




Saya dan si dia ?



Hanya tinggal kenangan .



Sapa tak kenal ? . Ini adalah Aisyah penyanyi tu .










 


Monday, September 27, 2010

~ Sayonara Inoue San ~

25 September 2010 adalah hari terakhir Mr Inoue Makoto , saya punya Guest Relation Manager  .

Jadi untuk meraihkan hari terakhir , kita di Hotel Nikko terutamanya Front Office Department mengadakan jamuan di back office .

Ini adalah sebahagian gambar yang saya sempat ambil . Kalau nak tengok banyak lagi ada di Facebook saya .

Saksi kan . Enjoy !



Sayonara Mr Inoue . Good Luck !




Only for you ...




Makan time ! ...



Posing time !



Yahoo...




Tengok Kak Yulia ... Menari inang ...




Chiki3




Mr Inoue dan Mr Andy




Saya dan Kak Gayatri .




Kita kawan baik . Mari bercium .



Makan la mother ~




Saya dan Mimpah .




Saya dan Imran .





Tak abis 2 orang ni !