Followers

Wednesday, September 15, 2010

~ Berbuka Bersama Kawan - kawan ~

Bulan puasa yang lepas, banyak sangat undangan untuk berbuka . Ialah setahun sekali . Apabila kita berkumpul bersama  kawan - kawan tentunya meriah dan gembira sekali . 


Jadi , baru - baru ini saya dan kawan - kawan berbuka di Water Front Bandar Baru Ampang . Nama kedainya adalah Restoran River Bank . Kalau tidak silap saya lah . Maafkan kalau salah !.

Harga untuk seorang dewasa adalah RM25.00 . Saya rasa adalah amat berbaloi . Ini kerana ia menawarkan pelbagai pilihan makanan dan juadah yang begitu enak sekali .

Jadi ini adalah sebahagian gambar yang saya sempat ambil . Enjoy !


Tidak lupa hendak ucapkan SELAMAT HARI RAYA !!!


Juadah pertama saya adalah nasi putih , ayam sambal , ayam madu dan sayur - sayuran .




Juadah kedua adalah ikan bakar ini .




Juadah ketiga adalah kuih - muih . Memang sedap ! Saya tidak tipu ! . Mula -mula saya makan kurma , kemudian kuih yang warna coklat itu . Tidak tahu apo namanya tetapi memang sedap . Selepas itu , agar - agar , karipap , kuih seri muka dan akhir sekali samosa . Sedap !




Juadah keempat kuih jala . Tetapi anda kena tunggu lama nak dapat kuih jala yang begitu sedap ini .



Akhir sekali , saya makan kuih ini lagi . Ini kerana ia begitu sedap sekali !




Tengok ! Berapa banyaknya makanan yang kami ambil !





Minuman pada hari itu adalah teh tarik dan jus tembikai . Semua orang ambil jus tembikai .




Gambar kenangan saya dan Ita Cantek .





Menikmati hari - hari indah bersama Ita Cantek .



Smile




Oleh kerana kedai ini mendapat sambutan yang begitu mengalakkan . Jadi , anda kenalah beratur untuk mengambil makanan .



Ini ialah The Mother Of Chicken . Ambil jangan tak ambil . Dah bayar kan ? .




Pose Maut !



Gaya model yang begitu menawan !





                                                Kumpulan lelaki .


   
 Kumpulan perempuan ?         

No comments: