Followers

Friday, September 17, 2010

~ Ku Menziyarahi Pusara Mu ~

~ Raya oh raya ~

Macam menjadi kebiasaan setiap tahun menjelang hari raya saya dan keluarga akan menziyarahi pusara orang yang tersayang .

Selesai sudah sembahyang hari raya , kita akan berkumpul makan bersama dan bermaaf - maafan di pagi hari raya . 

Kemudian kita sekeluarga akan pergi menziyarahi pusara kakak saya dan nenek atuk .  





Saya dan mak saya . Mula - mula kita akan pergi ke pusara  di Keramat iaitu pusara kakak saya . Kita sekeluarga akan membawa bunga dan air untuk menyirami pusara .





Ini adalah pusara kakak saya . Dia meninggal waktu kecil kerana Demam Panas . ( Yang baju kuning itu adalah abang saya )




Emak saya sedang menyirami pusara kakak saya .




Terasa hiba seketika .




Setelah selesai , kami sekeluarga pergi menziyarahi pusara nenek dan datuk saya di Ampang . Ini adalah pusara P.Ramlee .



Ini pula isterinya iaitu Saloma .




Bapa saya sedang membaca doa untuk pusara nenek saya .




Waktu di pusara di Ampang , hari hujan .




Waktu kita sekeluarga meninggalkan pusara di Ampang .




Jika anda mampu . Sedekah lah sedikit kepada fakir miskin .

Sekian . Selamat Hari Raya .

No comments: